iklan
PETALING JAYA – Gara-gara tidak tahan dengan sikap
pelakon Fizz Fairuz, aktres baharu Fara Mendoza tekad mendedahkan sikap
Fizz yang cuba memikatnya menerusi perbualan menerusi aplikasi sosial
WeChat.
Fara Mendoza, 25, berkata, niat sebenar dia mendedahkan perbualan
tersebut supaya aktor itu sedar dan berhenti daripada terus mengumpannya
dengan wang ringgit dengan tujuan yang tidak baik.
“Saya berkongsi perbualan itu di WeChat dengan tujuan supaya dia
berhenti menganggu saya lagi. Saya tidak mahu dia terus mengumpan saya
dengan tujuan untuk mengajak saya keluar.
“Dia juga ada mengambil gambar akaun bank peribadinya yang memaparkan
sejumlah wang semata-mata ingin meyakinkan saya yang dia benar-benar
mahu membelikan beg berjenama untuk saya dengan tujuan memikat hati
saya,” ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, pada Selasa.
Fara berkata demikian ketika diminta mengulas tentang paparan skrin
perbualannya bersama aktor Fizz Fairuz yang menjadi viral di blog-blog
hiburan dan laman sosial pagi Selasa.
Bagaimanapun, Farah menyedari tindakannya itu sebagai satu kesilapan
selepas diberitahu oleh rakannya Emma Maembong selang beberapa minit dia
memuat naik statis berkenaan di WeChat.
“Saya muat naik sekejap sahaja di WeChat dan selepas itu kawan saya
Emma Maembong hubungi saya suruh buang kerana akan menimbulkan
kontroversi.
“Selepas itu saya padam gambar dan status tersebut dan saya tidak ada
muat naik di mana-mana Instagram seperti yang dikatakan di dalam gosip
itu,” ujarnya.
Ketika ditanya tentang perkenalannya dengan aktor itu, Fara berkata,
dia mengenali Fizz ketika menemani Emma Maembong di lokasi penggambaran
drama Hantu Rumah Sakit Jiwa.
Kata Fara, dia sendiri tidak tahu bagaimana pelakon lelaki itu mendapatkan akaun WeChat miliknya.
“Saya kenal dia ketika menemani Emma Maembong di set penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Micheal Ang. Fizz Fairuz juga berlakon dalam drama tersebut.
“Selepas pulang itu, dia tiba-tiba add saya di WeChat dan
cuba menghantar pelbagai mesej. Tetapi selepas saya muat naik gambar
perbualan itu, dia ada hubungi saya dan minta saya buang segera status
itu dan selepas itu tiada hubungi saya lagi,” ujarnya.
Baca Juga Mana Betul? Fara Akui Diganggu Tapi Fizz Fairuz Cakap Tak Kenal
Fara sebelum ini ada membintangi beberapa filem dan telefilem antaranya Stiletto Merah, Projek Memikat Suami dan Suamiku Encik Sotong.
Fizz Fairuz sebelum ini pernah mengejutkan dunia hiburan selepas
bertunang dengan individu yang dipercayai isteri orang sebelum dia
mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Almy Nadia.
Sementara itu, mStar Online cuba menghubungi Fizz Fairuz untuk mendapatkan penjelasan dan dia meminta untuk menghubunginya kemudian. – Mstar
iklan
Tuesday, August 11, 2015
Pelakon Baru, Fara Mendoza Dedah Digoda Fizz Fairuz
Tags :
#Manca
Artikel Terkait : Pelakon Baru, Fara Mendoza Dedah Digoda Fizz Fairuz
[MESTI BACA] Mana Betul? Fara Akui Diganggu Tapi Fizz Fairuz Cakap Tak KenalSUSULAN kontroversi yang melanda pelakon drama terkenal, Fizz Fairuz apabila dia dikatakan cuba menggoda seorang aktres baru, cerita tersebut nampaknya tak terhenti di ...
Almy Nadia: Janganlah Kacau Rumah Tangga AkuManca - Hari ini kecoh juga dunia hiburan apabila wujudnya dakwaan yang pelakon popular, Fizz Fairuz cuba menggoda pelakon muda bernama Fara Mendoza melalui aplikasi W ...
Maria Farida tidak nafikan dirinya seksiManca - Maria Farida mengakui walaupun usianya meningkat tapi seksi itu bagi dirinya adalah amat penting. Dan buat masa ini masih lagi mengekalkannya ditambah awet mud ...
Wanita Diserang Hanya Kerana Minta Tukar Tempat DudukChina – Hanya kerana diminta menukar tempat duduk, seorang pekerja keretapi telah diserang oleh satu keluarga hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan luka, calar d ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)