iklan
SUSULAN kontroversi yang melanda pelakon drama terkenal, Fizz Fairuz
apabila dia dikatakan cuba menggoda seorang aktres baru, cerita tersebut
nampaknya tak terhenti di situ apabila gadis berkenaan tampil
menceritakan secara terperinci dakwaannya itu.
Bakat baru yang
bernaung di bawah pengurusan MIG, Fara Mendoza berkata, tindakan
mendedahkan perkara itu dibuat setelah dia tidak tahan lagi kerana asyik
diganggu, malah turut mengakui Fizz ada menawarkannya beg berjenama.
Katanya
seperti dilaporkan MStar, “Saya berkongsi perbualan itu di WeChat
dengan tujuan supaya dia berhenti menganggu saya lagi. Saya tidak mahu
dia terus mengumpan saya dengan tujuan untuk mengajak saya keluar.
“Dia
juga ada mengambil gambar akaun bank peribadinya yang memaparkan
sejumlah wang semata-mata ingin meyakinkan saya yang dia benar-benar
mahu membelikan beg berjenama untuk saya dengan tujuan memikat hati
saya.”
Walau bagaimanapun, Fara menyedari bahawa tindakannya
berkongsi screen captured tersebut bukan tindakan bijak setelah
dinasihati oleh rakannya yang juga pelakon Emma Maembong.
“Saya
muat naik sekejap sahaja di WeChat dan selepas itu kawan saya Emma
Maembong hubungi saya suruh buang kerana akan menimbulkan kontroversi.
Selepas itu saya padam gambar dan status tersebut dan saya tidak ada
muat naik di mana-mana Instagram seperti yang dikatakan di dalam gosip
itu.”
Menyingkap pula cara mereka berkenalan, Fara berkata,
mereka bertemu ketika dia menemani Emma di set penggambaran drama arahan
Micheal Ang, Hantu Rumah Sakit Jiwa.
“Saya
kenal dia ketika menemani Emma Maembong di set penggambaran Hantu Rumah
Sakit Jiwa arahan Micheal Ang. Fizz Fairuz juga berlakon dalam drama
tersebut.
“Selepas pulang itu, dia tiba-tiba add saya di WeChat
dan cuba menghantar pelbagai mesej. Tetapi selepas saya muat naik gambar
perbualan itu, dia ada hubungi saya dan minta saya buang segera status
itu dan selepas itu tiada hubungi saya lagi.”
Wah! Memang
betul-betul panas kan pengakuan yang dibuat oleh Fara ni. Tapi lain pula
kisahnya apabila cerita ini disogokkan kepada empunya diri, Fizz
Fairuz.
Bercakap kepada Berita Harian, Fizz yang juga tonggak filem Mat Tudung menafikan bahawa dia pernah mengenali gadis tersebut.
Walau bagaimanapun, dia mengakui memiliki akaun Wechat, namun berkata, akaun yang disebarkan itu bukanlah miliknya.
Jom kita baca kenyataan dari Fizz sendiri.
“Saya
memang tak ada kena mengena dan jauh sekali mengenali wanita itu.
Cerita itu memang tak munasabah langsung. Cuma saya kurang pasti apa
motif dia buat begitu. Zaman sekarang memang siapa sahaja boleh
mewujudkan akaun aplikasi sosial palsu. Kalau nak cerita diri saya
sendiri dahulu memang saya jahat dan nakal tetapi kini dengan status
sekarang tak perlulah nak cuba memporak-perandakan hidup saya.
“Kalau
saya nak buat jahat sudah lama saya lakukan. Tapi niat saya saya
berkawan itu perkara normal. Mulut saya sendiri ramai yang orang tahu
jenis cakap lepas dan jahat. Saya sudah ada isteri dan anak, tak
payahlah kot nak mereka cerita sebegini. Saya juga tak kisah orang nak
kata dan pandang apa kepada saya. Memang ada yang tak kena mengena pun
cuba nak mewujudkan unsur provokasi bukan bukan apabila timbul isu
sebegini.
“Kalau saya buat salah, tak mungkin saya akan
sewenang-wenangnya angkat panggilan telefon wartawan. Jadi memang tak
ada apa yang nak saya sembunyikan.”
Jadinya, rumusan daripada
cerita 2 penjuru mereka berdua ini, kenyataan yang terbit dari pihak
Fizz dan Fara amat kontra sama sekali. Persoalannya, mana satu yang
betul?
Majlis Cukur Jambul Anak Fizz Fairuz dan Almy Nadia.
Apa-apapun,
sikap yang dipaparkan Almy Nadia dalam berhadapan dengan kontroversi
ini harus dipuji apabila dia mengambil pendekatan meminta isu ini
diselidiki terlebih dahulu.
Selain itu, dia yang baru sahaja
melahirkan anak sulung turut meminta agar pihak media bertanya sendiri
kepada Fizz dan wanita berkenaan tentang gosip tersebut.
“Saya
hanya tergelak apabila membaca cerita itu. Saya nak buat apa setakat ini
kerana selagi suami tidak menjelaskan perkara sebenar… saya tak boleh
beri komen lebih. Tapi kita tak boleh cepat buat kesimpulan dalam hal
sebegini kerana dunia teknologi sekarang memungkinkan apa sahaja terjadi
untuk menjatuhkan maruah mahupun memporak-porandakan hidup orang.”
Tak
mengapalah, orang cakap, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh
ke tanah jua. Kita tunggu dan lihat saja, siapa yang bersalah dalam hal
ini… – MYNEWSHUB.CC
iklan
Tuesday, August 11, 2015
[MESTI BACA] Mana Betul? Fara Akui Diganggu Tapi Fizz Fairuz Cakap Tak Kenal
Tags :
#Manca
Artikel Terkait : [MESTI BACA] Mana Betul? Fara Akui Diganggu Tapi Fizz Fairuz Cakap Tak Kenal
Wanita Diserang Hanya Kerana Minta Tukar Tempat DudukChina – Hanya kerana diminta menukar tempat duduk, seorang pekerja keretapi telah diserang oleh satu keluarga hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan luka, calar d ...
Almy Nadia: Janganlah Kacau Rumah Tangga AkuManca - Hari ini kecoh juga dunia hiburan apabila wujudnya dakwaan yang pelakon popular, Fizz Fairuz cuba menggoda pelakon muda bernama Fara Mendoza melalui aplikasi W ...
Maria Farida tidak nafikan dirinya seksiManca - Maria Farida mengakui walaupun usianya meningkat tapi seksi itu bagi dirinya adalah amat penting. Dan buat masa ini masih lagi mengekalkannya ditambah awet mud ...
Pelakon Baru, Fara Mendoza Dedah Digoda Fizz FairuzPETALING JAYA – Gara-gara tidak tahan dengan sikap pelakon Fizz Fairuz, aktres baharu Fara Mendoza tekad mendedahkan sikap Fizz yang cuba memikatnya menerusi perb ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)